PENCINTA HIJAU

PENCINTA HIJAU
HHAmizah

Monday 28 May 2012

ucapan alu-aluan ana..

Selaut pujian Alhamdulillah buat Allah S.W.T yang memilih saya sebagai asbaab untuk menghasilkan blog ini. Penyayangnya Allah S.W.T dengan segala idea yang diilhamkan-Nya. Subhanallah Alhamdulillah waLailahaillallah Allahuakbar…

Senandung kasih buat ayahbonda tercinta, tak lupa buat seluruh ahli keluarga…kalianlah penyemarak obor mujahidah dalam hidup saya. Teristimewa buat sahabat-sahabat tersayang, terima kasih atas segalanya.


 Menyedari hakikat dugaan cinta adalah dugaan paling besar melanda setiap jiwa remaja, sehinggakan setiap naluri remaja, tak terkecuali, pasti merasainya, saya rasa terpanggil untuk melebarkan sayap da’wah dalam dunia cinta remaja melalui mata pena. Cinta yang fitrahnya kudus dan suci sering disalah erti dan diselewengkan jauh daripada falsafah asalnya.

Lantaran itu, saya berasa bertanggungjawab untuk membetulkan falsafah sebenar cinta yang dikatakan kudus dan suci dan boleh membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Walaubagaimanapun, saya mengakui bahawa usaha kecil saya ini sarat dengan kelemahan dan saya amat mengalu-alukan kritikan membina daripada sidang pembaca sekalian.Moga-moga ianya diterima Allah sebagai satu method tarbiyyah dan dakwah yang diredhoi-Nya.

Buat akhirnya, secebis harapan daripada saya…
Taman Firdausi…di situlah destinasi cinta yang abadi. Pimpinlah cinta itu ke sana kerana cinta itu buta, tak mengenal destinasinya. Semoga, blog ini boleh membantu perjalanan untuk menunjuk jalan, memandu ke arah musafir cinta kita ke Taman Syurga, mendapat tempat di sisi yang Esa, Raja pemilik segala rasa cinta…..amin.